Pengetua/ Guru Besar
sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014 seperti ketetapan berikut:

Daerah Batang Padang Dan Hilir Perak
Tarikh : 13-14 Oktober 2014
Tempat: Hotel Grand Kampar, Kampar

Daerah Manjung Dan Perak Tengah
Tarikh : 13-14 Oktober 2014
Tempat: D'Hotel Seri Iskandar, Seri Iskandar

Daerah Kerian Dan Larut Matang Selama
Tarikh : 15-16 Oktober 2014
Tempat: Hotel Taiping Perdana, Taiping

Daerah Kuala Kangsar Dan Hulu Perak
Tarikh : 16-17 Oktober 2014
Tempat: Hotel Tower Regency, Ipoh

Daerah Kinta Utara Dan Kinta Selatan
Tarikh : 17-18 Oktober 2014
Tempat: Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh

2. Peserta dikehendaki membuat prapendaftaran (pengesahan kehadiran) di sini.

3. Sila muat turunĀ surat panggilan dan keperluan urusan tuntutan perjalanan di sini.

4. Tuntutan yang lewat diterima atau tidak lengkap tidak akan dilayan. Tuntutan perjalanan adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan berkuatkuasa dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak melalui Urus Setia program semasa sesi pendaftaran.

5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing.

Pra-Pendaftaran peserta ProgramĀ PerkongsianĀ Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya sila klik di sini.