Portal Rasmi Pusat Kegiatan Guru Kota Lama Kanan
Selamat Datang
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah,syukur kepada Allah dengan izinnya siap juga sebuah laman web Pusat Kegiatan Guru Kota Lama Kanan yang telah diusahakan bersama-sama oleh Pengerusi dan semua Jawatankuasa Pengurusan PKG yang telah mengembeling tenaga dan buah fikiran untuk merealisasikan laman ini.
Pada alaf ICT dan Teknologi yang semakin canggih ini sudah semestinya sesebuah organisasi dapat dicapai melalui Internet agar segala maklumat dan data yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan mudah tanpa meminta, membuat temujanji dan sebagainya. Inilah medium yang paling baik dan berkesan untuk memberikan perkhidmatan pada bila-bila masa dan di mana jua sekalipun yang mempunyai talian/capaian Internet.
JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kami percaya masalah teknikal SPPICTS telah diatasi. Dengan mengambil kira jumlah sekolah yang terlibat, kami terpaksa menjadualkan semula pengisian data supaya masalah lain seperti kesesakan rangkaian tidak mengganggu pungutan data sekolah. Berikut adalah jadual baru:
JADUAL BARU PENGISIAN DATA MAKLUMAT SPPICTS 2010
KUTIPAN 1/2010 (12 April – 9 Mei 2010)
14 – 15 April 2010 2 Perak
17 April 2010 1 Terbuka kepada semua negeri
24 April 2010 1 Terbuka kepada semua negeri
2 Mei 2010 1 Terbuka kepada semua negeri
6 – 9 Mei 2010 4 Terbuka kepada semua negeri yang terlewat
3. Untuk mengelakkan kesesakan rangkaian, dipohon semua PKG dan sekolah ikut jadual di atas semasa mengisi data SPPICTS (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).
4. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat (iaitu: Capaian Internet, Pusat Akses Sekolah, Makmal Komputer, EduWebTV, Peralatan PPSMI, Perisian Kursus Pendidikan, ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & Perkongsian Pintar) diisi dengan lengkap. Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses Sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.
5. Sekali lagi, kami mohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat. Bagi sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada Unit Data BTP (
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
). Atas keperhatinan dan kerjasama pihak tuan/puan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.
PERLAKSANAAN PROGRAM PUSAT SUMBER SEKOLAH PSS 2010 SECARA ATAS TALIAN ![]()
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan melaksanakan 2 program berikut secara atas talian (online) iaitu
1. Penarafan PSS ( iQ PSS)
2. Pengurusan data Program NILAM ( i-NILAM)
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dipohon melaksanakan program tersebut melalui portal http://btp.tarantula.my
ID Pengguna:No Kad Pengenalan
Kata Laluan : 999
* kepada sekolah-sekolah yang telah bertukar GPM sila maklumkan kepada PKG untuk tujuan pengemaskinian.
SEKIAN TERIMA KASIH
SIARAN LANGSUNG MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU 2010 OLEH Y.A.B MENTERI PELAJARAN MELALUI RTM1
Semua Pegawai Pelajaran Daerah |
Last Updated (Saturday, 10 April 2010 03:40)
SSQS |





















