PORTAL RASMI BTPN PERAK

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Anda di Laman Utama :: > Artikel Pendidikan > Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) PDF Cetak E-mail
Artikel - Artikel Pendidikan

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.

Satu penilaian yang standard yang di kenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.

SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
sekolah rendah dan menengah.

Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu:

1. Pengiraan Indeks Jisim Badan

2. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit

3. Ujian Tekan Tubi

4. Ujian Ringkuk Tubi Separa

5. Ujian Jangkauan Melunjur

Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ujian SEGAK hendaklah dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 sahaja.

Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu
persekolahan.

Semua data ujian direkod dengan menggunakan Borang BSSR untuk sekolah rendah dan Borang BSSM untuk sekolah menengah.

Data yang diperoleh dari ujian SEGAK perlu direkodkan di dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) mulai tahun 2009.

[Sumber: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/2008 bertarikh 9 Julai 2008: STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH MALAYSIA (SEGAK)]

  • Dengan penyiaran SPI ini sebahagian daripada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1988 berkaitan dengan Ujian Daya Tenaga Asas adalah dibatalkan.

Muat Turun SPI (SPI+Borang BSSR &BSSM+Panduan)