PORTAL RASMI BTPN PERAK

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Anda di Laman Utama :: > Artikel Pendidikan > Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) PDF Cetak E-mail
Artikel - Artikel Pendidikan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

Sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 min it) sebagaimana ditetapkan. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan sepertimana peruntukan masa yang ditetapkan.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

[Sumber: SURAT PEKELILING IKHTlSAS BILANGAN 11 TAHUN 2010 bertarikh 14 Oktober 2010:
PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP SATU MULAI 2011]

Muat turun SPI