PORTAL RASMI BTPN PERAK

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Anda di Laman Utama :: > Artikel Pendidikan > Kaedah Pembelajaran Simulasi
Kaedah Pembelajaran Simulasi PDF Cetak E-mail
Artikel - Artikel Pendidikan

Kaedah simulasi ialah ‘satu aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam satu keadaan yang ditiru atau diserupakan dengan keadaan sebenar.’ (Othman, 1993). Kaedah simulasi melibatkan pelajar memainkan peranan seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Percubaan untuk menyamakan keadaan sebenar dapat dilaksanakan supaya pelajar dapat menguasai konsep yang diajar serta berupaya untuk memindahkannya ke situasi sebenar.  Simulasi boleh dialksanakan dalam bentuk permainan, permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.

Terdapat empat fasa, iaitu orientasi, latihan peserta, proses simulasi dan perbincangan (Joyce et al.,2002)

1.   Fasa orientasi, guru akan mengemukakan topik yang ingin diajar, menerangkan konsep dalam simulasi.

2.   Fasa latihan peserta, di mana guru akan menerangkan peranan, peraturan, prosedur, cara mendapat skor, jenis keputusan yang perlu dibuat dan matlamat simulasi

3.   Fasa proses simulasi, pelajar terlibat dalam simulasi, dan guru sebagai pengadil dan jurulatih.dalam keadaan tertentu permainan boleh ditentukan untuk pelajar mendapatkan maklum balas daripada guru.

4.   Fasa keempat, merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil perbincangan, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia sebenar.

Contoh simulasi:

1.    Pemusatan kepada masalah

i.              Pelajar berbincang tentang lokasi pembinaan taman rekreasi yang sesuai

ii.            Membuat keputusan bagaimana mengekalkan kehijauan bumi.

Kemas kini pada Sabtu, 18 Februari 2012 13:10